Wednesday, 23 November 2016

Sajak #3: Sains Teknologi

Sains adalah kunci,
Memahami isi alam
Rahsia hidup
Berpaksikan etika

Teknologi adalah alat,
Menggapai kemajuan
Bukan alasan,
Untuk kau perkosa alam
Semahumu,

Kau manusia pentadbir alam.
Makmurkah,
Binasakah,
Pilihanmu!
Share:

Sunday, 20 November 2016

Sajak #2: Kemerdekaan

Buka tanganmu,
Buka juga hatimu,
Di hari ini
Ingatlah!
Kita telah merdeka
Laungan keramat

MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!!

Semat di pelosok jiwamu paling dalam,
Di atas pundakmu,
Terletak harapan untuk esok,
Wahai anak warisan..


Share:

Sajak #1: Alam

Kata alam kepadaku
Bangkitlah sayang
Lihatlah apa yang ada di depanmu
Di kiri, kanan, dan belakang

Bisik alam kepadaku
Duhai cinta
Tidakkah kau tenung langit itu
Tinggi dan megah dalam keindahannya

Ujar alam kepadaku,
Pandanglah anakku, ke dada laut,
Kapal-kapal yang belayar di hamparan membiru,
Mencari rezeki bergalang maut

Sunyi sendiri di senja hari,
Melihat
Tenung
Pandang

Alam ini
Bukan untuk kau perkotak-katikkan!





Share:

Saturday, 5 November 2016

Soneta

Soneta adalah salah satu bentuk puisi klasik Barat. Berasal daripada Itali,secara amnya soneta terdiri daripada 14 baris yang dikarang mengikut pentameter iambik. Iambik bermaksud satu suku kata tanpa penekanan yang diikuti dengan satu suku kata dengan penekanan, dikenali sebagai satu meter iambik. Manakala pentameter  bermaksud terdapat 5 meter iambik dalam satu baris puisi.

Ringkasnya, pentameter iambik bermaksud 10 suku kata dalam satu baris soneta.

Secara dasarnya, dalam sesuatu soneta, pemuisi akan menunjukkan dua perkara yang berbeza tetapi ada hubung kait antara keduanya untuk menyampaikan sesuatu tentangnya. Salah satu ciri soneta adalah volta.
Volta adalah peralihan daripada  satu kumpulan rima kepada kumpulan rima yang lain yang menandakan perubahan dalam tajuk yang dibicarakan. Dalam soneta Itali, volta berlaku pada baris kesembilan. Ia merupakan unsur yang penting kepada puisi berbentuk soneta.

Tiga bentuk utama soneta adalah :

1) Italian (Petrarchan)
2) Spenserian
3) Inggeris (Shakespearian)

Tetapi saya hanya akan menerangkan tentang soneta Inggeris kerana ia lebih mudah untuk saya sebagai seorang pemuisi permulaan.

Soneta Inggeris membahagikan 14 baris tersebut kepada 3 quatrain dan 1 kuplet dengan rima:

     a b a b
     c d c d
     e f e f
     g g

Bukan sahaja soneta Inggeris lebih mudah dari segi rima, ia juga adalah lebih bertolak ansur tentang peletakan volta. Shakespeare ada mengarang soneta yang meletakkan volta di baris kesembilan seperti soneta Itali, dan juga di baris ke-13 (permulaan kuplet).

"Sonnet XXIX"




When in disgrace with Fortune and men's eyes,
I all alone beweep my outcast state,
And trouble deaf heaven with my bootless cries,
And look upon myself and curse my fate,
Wishing me like to one more rich in hope,
Featured like him, like him with friends possessed,
Desiring this man's art and that man's scope,
With what I most enjoy contented least,
Yet in these thoughts my self almost despising,
Haply I think on thee, and then my state,
(Like to the lark at break of day arising
From sullen earth) sings hymns at heaven's gate,
For thy sweet love remembered such wealth brings,
That then I scorn to change my state with kings.

"Sonnet LXXIII"
That time of year thou mayst in me behold,
When yellow leaves, or none, or few do hang
Upon those boughs which shake against the cold,
Bare ruined choirs, where late the sweet birds sang.
In me thou seest the twilight of such day,
As after sunset fadeth in the west,
Which by and by black night doth take away,
Death's second self that seals up all in rest.
In me thou seest the glowing of such fire,
That on the ashes of his youth doth lie,
As the deathbed, whereon it must expire,
Consumed by that which it was nourished by.
This thou perceivest, which makes thy love more strong,
To love that well, which thou must leave ere long.

Rujukan : http://www.sonnets.org/basicforms.htm


Share:

Soneta #1:Perpaduan



Perpaduan

Ikan di laut asam di darat,
Begitu asalnya ceritera,
Malaysia Timur dan juga Barat,
Tanpa perpaduan kan sengsara
Kita dahulu berpuak-puak,
Sesama kita menghunus pedang,
Akibatnya kita yang diinjak,
Oleh para penjajah yang datang,
Dengan sekutu bertambah mutu,
Setia jata menjulang cogan,
Berbagai kaum menjadi satu,
Saling membantu tidaklah segan,

Tangan dijabat kasih dihulur,
Sepadu kunci negara makmur.

5/11/2016
Share: